Pokok Pulasan Pulasan

Pokok pulasan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 ; mempunyai batang yang halus, 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda. Mempunyai daun berselang, pinnate atau pinnate-ganjil, sepanjang 17-45 cm, mempunyai 2 hingga 5 pasang daun kecil bersetentangan atau hampir bersetentangan, bujur atau menirus (oblong-or elliptic-lanceolate), sepanjang 6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah. Pokok Pulasan juga mempunyai bunga yang agak kecil, tanpa kelopak dengan 4-5 sepal berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan.


Spesies berkait

Sapindaceae

  • Dimocarpus longan Longan
  • Litchi chinensis Laici
  • Meliococcus bijigatus Longan Fiji, Mamoncillo
  • Nephelium lappaceum Rambutan
  • Nephelium xerospermoides Rambutan Gondol
  • Paullinia cupana Guarana